Posted by: anakcucukita | August 14, 2008

Congak Politik Malaysia – Nasib bangsa Melayu dan agama Islam

Mutakhir ini semakin menjadi-jadi pulak. Hak keistimewaan orang Melayu dan kesucian agama Islam kini sudah berani dipersoalkan pihak tertentu. Perpaduan Melayu pula semakin hari semakin goyah. Orang-orang Melayu sering berbalah sesama sendiri akibat dari caca marba politik. Sebelum diteruskan pertelagahan sesama kita, eloklah diperhatikan sedikit fakta mengenai kekuatan dan kedudukan orang Islam di dalam politik semasa di negara kita.

Sengaja kali ini, penulis memberikan perangkaan dalam bentuk statistik supaya perbahalan sesama kita nanti dapatlah bersumberkan “facts and figures” dan bukannya berdasarkan emosi, ketaksuban dan khabar angin semata-mata.

Parti

Jumlah

Peratus (%)

Muslim

Non-Muslim

Muslim

Non-Muslim

BN

90

50

64.29

35.71

PAS

22

0

100

0

PKR

20

11

64.52

35.48

DAP

0

28

0

100

Gabungan Pembangkang

(PKR + PAS + DAP)

42

39

51.85

48.15

Bebas

1

100

0

Keseluruhan

133

89

59.91

40.09

Jadual 1: Ahli parlimen Malaysia terkini mengikut pembahagian muslim dan non-muslim

Muslim

Non-Muslim

Jumlah

42

27

Peratus (%)

60.87

39.13

Jadual 2: Kabinet Malaysia (Menteri & Timbalan Menteri) mengikut pembahagian muslim dan non-muslim.

(Nota: Jadual 1 dan 2 berdasarkan data yang didapati dari http://www.parlimen.gov.my)

Sekiranya diteliti pada perangkaan yang diberikan dalam Jadual 1 diatas, kerajaan BN yang memenangi PRU-12 baru-baru ini dengan majoriti 59 kerusi parlimen, mempunyai perwakilan ahli beragama Islam sebanyak 64.29% berbanding bukan Islam sebanyak 35.71%. Di dalam kabinet (Jadual 2) yang dibentuk pula, kekuatan Islam adalah sebanyak 60.87% iaitu lebih kurang 2/3 daripada kesuluruhan anggota kabinet. Dalam situasi ini, secara teorinya kerajaan BN semestinya mampu untuk mempertahankan kesucian agama Islam dan hak-hak keistimewaan melayu sekiranya mereka benar-benar dan bersungguh-sungguh berpolitik untuk menjaga kepentingan Melayu dan bukannya berpolitik sekadar untuk menjaga periuk nasi sendiri.

Di dalam gabungan parti pembangkang (PAS + PKR + DAP) pula, kekuatan orang Islam dan bukan Islam adalah hampir setara. Dalam perikatan pembangkang, PKR yang merupakan parti berbilang bangsa adalah parti yang lebih dominan berbanding DAP dan PAS walaupun mereka jauh lebih junior. Mereka mempunyai seramai 31 ahli parlimen (termasuk Permatang Pauh yang telah dikosongkan) sedangkan DAP dan PAS masing-masing hanya mempunyai 28 dan 22 wakil.

Sekarang mari kita lihat, apa pula akan terjadi sekiranya ada 30 ahli parlimen BN melompat parti bagi menyertai pakatan PR. Sudah tentu mereka mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan yang baru seperti mana yang diwar-warkan oleh DSAI.

Bagaimana sekiranya kesemua ahli parlimen yang lompat parti itu adalah bukan beragama Islam? Kekuatan Islam dalam kerajaan yang akan dibentuk itu hanya tinggal 37.84% berbanding bukan Islam sebanyak 62.16%.

Bagaimana pula sekiranya situasi sebaliknya yang berlaku, iaitu kesemua ahli parlimen PAS bergabung dengan BN? Kekuatan agama islam akan meningkat menjadi 69.14%. Pada ketika itu kerajaan yang dibentuk sudah pasti dapat mengekalkan hak-hak agama Islam dan orang Melayu di negara kita.

Sekarang, tepuk dada tanya selera. Kemungkinan yang mana satu yang kita mahukan. Penulis berpendapat, sudah tiba masanya untuk pemimpin-pemimpin politik Melayu (PAS & UMNO) memikir secara taktikal bagaimana hendak menjaga kepentingan dan masa depan bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia.


Responses

  1. Orang Melayu tiada kuasai Hindraf, tidak juga Bar Council, orang Melayu tiada platform buat kurang ajar suka main sentimen bangsa dan ugama tapi orang Melayu murah bolih dibeli. Pecah tiga, Melayu Pas, Melayu UMNO, Melayu PKR…Berpandukan angka benar diatas, sedarilah orang Melayu sudah tiada pilihan kalau nak selamat dan hidup di Tanah Melayu dulu ini; sekarang Malaysia …bersatulah…kalau duduk satu rumah boleh kita sambong kawasan… tambah bilek dan serambi. Kalau rumah lain-lain nak makan dan sembahyang berjumaah pun sukar!!


Leave a comment

Categories