Posted by: anakcucukita | August 12, 2008

16 September – Mimpi atau realiti?

1. Bermula dengan Bandar Tun Razak, kemudiannya Kulim Bandar Baru, kehadiran semula DSAI ke arena politik menjadi teka–teki. Walaubagaimanapun, teka-teki tersebut akhirnya terjawab apabila Isteri DSAI yang tercinta melepaskan kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada DSAI untuk bertanding dalam pilihanraya kecil.

2. SPR pun telah mengumumkan tarikh 16 dan 26 Ogos sebagai hari penamaan calon dan pembuangan undi.

3. Kemungkinan untuk DSAI menang memang besar. Permatang Pauh adalah kerusi tradisi bagi beliau. UMNO juga ketandusan calon berwibawa dan setaraf untuk memberi tentangan yang sengit. Bahkan mantan Perdana Menteri juga meramalkan DSAI mempunyai kelebihan untuk menang. Sekiranya DSAI menang, beliau akan kembali ke Parlimen dan menjadi Ketua Pembangkang yang baru.

4. Pada masa yang sama, DSAI dengan penuh yakin meletakkan sasaran untuk membentuk kerajaan baru selewat-lewatnya 16 September ini. Jumlah ahli parlimen BN dikatakan akan melompat parti dikatakan mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.

5. Cita-cita DSAI mungkin dilihat terlalu “ambitious”, tapi di dalam kancah politik akhir zaman ini apa-apa mungkin terjadi. Perjuangan dan kesetiaan kepada parti bukan lagi menjadi perkara utama.

6. Tarikh 16 September sebenarnya tidaklah berapa jauh lagi. Lebih kurang sebulan sahaja dari sekarang. Adakah DSAI akan membentuk kerajaan baru dan mencipta sejarah baru buat negara Malaysia?

7. Persoalan yang ingin penulis kemukakan, apakah yang akan jadi sekiranya pada 17 September, negara Malaysia masih diterajui oleh kerajaan BN?

8. Penulis berkesempatan berbual dengan seoarang penyokong kuat DSAI serta peserta gerakan reformasi yang juga rakan penulis. Beliau secara terus terang mengakui bahawa sokongannya terhadap DSAI akan dipertimbangkan semula sekiranya DSAI tidak mengotakan janjinya pada 16 September nanti, malah beliau akan merasa sangsi terhadap DSAI.

9. Penulis mengajak pelawat-pelawat blog ini untuk memberikan pendapat kepada persoalan-persoalan berikut:

    * Apakah impak kepada DSAI sekiranya beliau gagal menumbangkan kerajaan BN pada 16 September nanti?

    * Sekiranya beliau berjaya membentuk kerajaan, adakah anda mengiktiraf kerajaan yang dibentuk sebegitu rupa?

    * Siapakah ahli-ahli parlimen yang akan lompat parti tersebut dan apakah faktor-faktor mereka melakukan sedemikian rupa?

    * Adakah dapat DSAI mengotakan janji beliau untuk menurunkan harga minyak dan menjadikan negara Malaysia ini aman makmur dan bebas dari rasuah?

    * Bagaimana pula dengan nasib bangsa Melayu sesudah Pakatan PKR + DAP + PAS memerintah. Adakah Melayu akan terpinggir ataupun sebaliknya bergerak seiring dengan bangsa-bangsa lain?

10. Pelawat-pelawat blog ini berhak memberi apa-apa pendapat.


Responses

  1. DSAI tu bagus ka?mcm gelojoh nak jadi PM dari zaman TUN lagi.Mesti ada udang disebalik batu.kenapa dia berjinak dgn USA serta sekutu2nya?

  2. Jawapan kepada penulis:

    1) Kalo dia tak dpt kotakan janji, mampus lah dia. Sokongan akan merudum. Semua orang akan tau Anwar ckp mcm keling.
    2) Kalo dia berjaya pun takder saper nk respect. PRU-12 dulu orng undi parti bukan undi individu.
    3) Ahli parlimen yang nk lompat ni semuer jenis oportunis. Pentingkan diri bukan pentingkan negara. Kemungkinan memang ada. Sapa-sapa pun boleh lompat. Baik dr UMNO, MCA, Gerakan atau dari Sabah dan Sarawak. Tapi yang pasti mestilah diorang buat atas sebab kepentingan. Baik kepentingan individu ataupun kepentingan “bangsa” diorang.
    4) Harga minyak memang dia boleh turunkan. Pak Lah pun satu bangang, increase banyak sangat hari tu. Tapi bab rasuah ni aku tak rasa dia boleh hapuskan. Orang PKR pun apa kurangnya bab2 rasuah, kronisme n nepotisme ni.
    5) Anwar bela bangsa melayu ka? Sekarang ni dia sibuk dengan bangsa Malaysia. Apa dier bangsa Malaysia ni? Bukankah bangsa Malaysia ni bererti semua bangsa sama? Melayu dah takder hak-hak istimewa lah kalo mcm tu. Takdan apa2 lagi dah suruh buka kouta UiTM untuk 10% bukan melayu. Kalo dah perintah nanti takder la lagi UiTM untuk bumiputera. Nasib maleyu lepas tu……… sendiri pikirlah.

  3. Itu DSAI sejak zaman TUN.sbb tu lah dia sorg saja menteri yg ada buku 50dalil.sedangkan menteri2 lain tak ada sampai ke tahap tu.

  4. Nak tau apa nasib melayu selepas PKR terajui kerajaan Malaysia?

    Tengok ni: http://www.youtube.com/watch?v=8ZzsV0587MM

    Lepas tu sendiri pikir lah!

  5. Nak tau apa jadi selepas PKR terajui kerajaan Malaysia?

    Tengok ni: http://www.youtube.com/watch?v=8ZzsV0587MM

    Lepas tu sendiri pikirlah!

  6. teringin gak nak rasa kerajaan baru camna haa…kalu kita x coba kita tak tahu ….jadi marilah kita mencoba kerajaan baru…kalu x sesuai kita BN la balik…huhuhhu

  7. saya harap walaupun menang dia tak ada peluang jadi PM… sebabnya DAP yang paling mempengaruhi dalam PR

  8. biar la kita tengok dulu apa nak jadi kan….yg pasti anwar dah menang dan akan jadi ketua pembangkang baru lah smua akan kerja dengan btul adil…..kan kan

  9. selamat berjuang untuk DSAI. ayie, hari tu tun mahathir cakap dia nak keluaq dari malaysia kalau DSAI jadi PM. aku ada satu tanah untuk tun mahathir untuk dia nak duduk.. paling sesuai PULAU BATU PUTIH…

    lambaian untuk tun mahathir…

  10. yang pasti pemimpin UMNO sekarang sumer tak boleh pakai.kaki rasuah dan pengampu.apa sangatla jasa yang diaorang buat untuk bangsa berbanding dengan harta yang mereka kumpul.

    HIDUP PAS.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: