Posted by: anakcucukita | August 29, 2008

UMNO dan Melayu

Ramai orang Melayu sebenarnya sayangkan UMNO. UMNO menjadi penaung orang Melayu selama ini. Dari penentangan Malayan Union hinggalah kepada kemajuan bangsa yang dikecapi sekarang.

Namun kini perkara sebaliknya berlaku. Orang-orang Melayu sudah tidak melihat lagi UMNO sebagai tempat mereka bergantung. Ini kerana rakyat kebanyakan amat marah kepada sebilangan pemimpin-pemimpin UMNO.

Kedudukan UMNO dalam politik Malaysia selama ini sangat selesa. Ini membuatkan UMNO dihinggapi parasit-parasit yang menghisap darah organisasi tersebut. Golongan parasit ini menghinggapi UMNO bukan untuk memberi kekuatan tambahan kepada UMNO dan berjuang untuk bangsa melayu, sebaliknya mereka hinggap untuk menikmati kesenangan serta mencapai matlamat peribadi.

Politik UMNO sekarang sudah mula tersasar dari politik perjuangan bangsa sepertimana tujuan asal ianya ditubuhkan. Bahkan ada ahli-ahli UMNO sendiri yang tidak tahu sejarah penubuhan dan perjuangan UMNO. Politik UMNO kini ialah politik ‘coffe house’, politik Hilton, Pan Pacific, politik Mercedes dan BMW. Perkataan seperti maruah bangsa, Islam dan Melayu sudah terhakis dari hati kebanyakan mereka. Perkataan-perkataan yang ada dalam kotak fikiran mereka ialah tender, projek, kroni, kabel dan sebagainya.

Golongan parasit yang ada pada UMNO ini memakai topeng yang berwarna-warni. Mereka terlalu banyak berpura-pura. Mereka berlakon dan menari menurut rentak yang disenangi oleh pucuk pimpinan parti. Mereka sanggup lakukan apa saja asalkan matlamat mereka tercapai. Bodek dan cium tangan itu sudah menjadi perkara biasa.

Organisasi UMNO semakin hari menjadi semakin lemah. Kalau UMNO ingin menjadi kuat dan perkasa, ia perlu memperteguhkan kekuatan dalam tubuh badannya terlebih dahulu. Kekuatan dalaman tidak akan hidup dan subur kalau tubuh UMNO dihinggapi parasit yang mewarnai masa depan Melayu.

Ramai pemimpin suka bercakap tentang pengorbanan. Tapi siapakah yang sebenarnya berkorban dan siapa pula yang banyak dijadikan korban? Selalunya rakyat diminta berkorban apalagi dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu. Tetapi adakah para pemimpin–pemimpin kita yang bijaksana dan separuh bijaksana turut sama berkorban? Selalunya rakyatlah yang paling banyak berkorban demi kepentingan negara, bangsa dan agama. Dan selalunya rakyat juga yang menjadi korban bilamana pemimpin-pemimpin tidak dapat menunaikan tanggungjawab dengan cekap dan amanah.

UMNO akan hilang kuasanya sekiranya pucuk pimpinanya lebih mementingkan diri dari perjuangan bangsa. Kalau ahli-ahli UMNO berpegang teguh pada kekuatan Islam dan cinta yang tulus ikhlas kepada bangsa, maka mereka mesti bangun serentak dan menegur perbuatan curang yang dilakukan oleh para pemimpin parti dan negara. Mereka harus berpegang kepada prinsip perjuangan yang tulen. Iaitu mempertahankan kekuasan Melayu dan memperteguhkan lagi cita-cita Islam.

Kerana UMNO, Melayu masih dapat mempertahankan kekuasaanya. Kerana UMNO juga ramai cerdik-pandai, golongan professional dan usahawan melayu dilahirkan untuk bersaing sama taradengan bangsa lain. Tetapi tidak mustahil juga suatu hari nanti, kerana disebabkan segelintir pemimpin UMNO, Melayu akan kehilangan kuasanya.

Adakah kita mahu serahkan nasib bangsa kita kepada bangsa lain untuk mengurus dan menentukan? Bila tiba masa itu nanti, sesal sudah tidak berguna lagi.

Posted by: anakcucukita | August 14, 2008

Congak Politik Malaysia – Nasib bangsa Melayu dan agama Islam

Mutakhir ini semakin menjadi-jadi pulak. Hak keistimewaan orang Melayu dan kesucian agama Islam kini sudah berani dipersoalkan pihak tertentu. Perpaduan Melayu pula semakin hari semakin goyah. Orang-orang Melayu sering berbalah sesama sendiri akibat dari caca marba politik. Sebelum diteruskan pertelagahan sesama kita, eloklah diperhatikan sedikit fakta mengenai kekuatan dan kedudukan orang Islam di dalam politik semasa di negara kita.

Sengaja kali ini, penulis memberikan perangkaan dalam bentuk statistik supaya perbahalan sesama kita nanti dapatlah bersumberkan “facts and figures” dan bukannya berdasarkan emosi, ketaksuban dan khabar angin semata-mata.

Parti

Jumlah

Peratus (%)

Muslim

Non-Muslim

Muslim

Non-Muslim

BN

90

50

64.29

35.71

PAS

22

0

100

0

PKR

20

11

64.52

35.48

DAP

0

28

0

100

Gabungan Pembangkang

(PKR + PAS + DAP)

42

39

51.85

48.15

Bebas

1

100

0

Keseluruhan

133

89

59.91

40.09

Jadual 1: Ahli parlimen Malaysia terkini mengikut pembahagian muslim dan non-muslim

Muslim

Non-Muslim

Jumlah

42

27

Peratus (%)

60.87

39.13

Jadual 2: Kabinet Malaysia (Menteri & Timbalan Menteri) mengikut pembahagian muslim dan non-muslim.

(Nota: Jadual 1 dan 2 berdasarkan data yang didapati dari http://www.parlimen.gov.my)

Sekiranya diteliti pada perangkaan yang diberikan dalam Jadual 1 diatas, kerajaan BN yang memenangi PRU-12 baru-baru ini dengan majoriti 59 kerusi parlimen, mempunyai perwakilan ahli beragama Islam sebanyak 64.29% berbanding bukan Islam sebanyak 35.71%. Di dalam kabinet (Jadual 2) yang dibentuk pula, kekuatan Islam adalah sebanyak 60.87% iaitu lebih kurang 2/3 daripada kesuluruhan anggota kabinet. Dalam situasi ini, secara teorinya kerajaan BN semestinya mampu untuk mempertahankan kesucian agama Islam dan hak-hak keistimewaan melayu sekiranya mereka benar-benar dan bersungguh-sungguh berpolitik untuk menjaga kepentingan Melayu dan bukannya berpolitik sekadar untuk menjaga periuk nasi sendiri.

Di dalam gabungan parti pembangkang (PAS + PKR + DAP) pula, kekuatan orang Islam dan bukan Islam adalah hampir setara. Dalam perikatan pembangkang, PKR yang merupakan parti berbilang bangsa adalah parti yang lebih dominan berbanding DAP dan PAS walaupun mereka jauh lebih junior. Mereka mempunyai seramai 31 ahli parlimen (termasuk Permatang Pauh yang telah dikosongkan) sedangkan DAP dan PAS masing-masing hanya mempunyai 28 dan 22 wakil.

Sekarang mari kita lihat, apa pula akan terjadi sekiranya ada 30 ahli parlimen BN melompat parti bagi menyertai pakatan PR. Sudah tentu mereka mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan yang baru seperti mana yang diwar-warkan oleh DSAI.

Bagaimana sekiranya kesemua ahli parlimen yang lompat parti itu adalah bukan beragama Islam? Kekuatan Islam dalam kerajaan yang akan dibentuk itu hanya tinggal 37.84% berbanding bukan Islam sebanyak 62.16%.

Bagaimana pula sekiranya situasi sebaliknya yang berlaku, iaitu kesemua ahli parlimen PAS bergabung dengan BN? Kekuatan agama islam akan meningkat menjadi 69.14%. Pada ketika itu kerajaan yang dibentuk sudah pasti dapat mengekalkan hak-hak agama Islam dan orang Melayu di negara kita.

Sekarang, tepuk dada tanya selera. Kemungkinan yang mana satu yang kita mahukan. Penulis berpendapat, sudah tiba masanya untuk pemimpin-pemimpin politik Melayu (PAS & UMNO) memikir secara taktikal bagaimana hendak menjaga kepentingan dan masa depan bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia.

Posted by: anakcucukita | August 12, 2008

16 September – Mimpi atau realiti?

1. Bermula dengan Bandar Tun Razak, kemudiannya Kulim Bandar Baru, kehadiran semula DSAI ke arena politik menjadi teka–teki. Walaubagaimanapun, teka-teki tersebut akhirnya terjawab apabila Isteri DSAI yang tercinta melepaskan kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada DSAI untuk bertanding dalam pilihanraya kecil.

2. SPR pun telah mengumumkan tarikh 16 dan 26 Ogos sebagai hari penamaan calon dan pembuangan undi.

3. Kemungkinan untuk DSAI menang memang besar. Permatang Pauh adalah kerusi tradisi bagi beliau. UMNO juga ketandusan calon berwibawa dan setaraf untuk memberi tentangan yang sengit. Bahkan mantan Perdana Menteri juga meramalkan DSAI mempunyai kelebihan untuk menang. Sekiranya DSAI menang, beliau akan kembali ke Parlimen dan menjadi Ketua Pembangkang yang baru.

4. Pada masa yang sama, DSAI dengan penuh yakin meletakkan sasaran untuk membentuk kerajaan baru selewat-lewatnya 16 September ini. Jumlah ahli parlimen BN dikatakan akan melompat parti dikatakan mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.

5. Cita-cita DSAI mungkin dilihat terlalu “ambitious”, tapi di dalam kancah politik akhir zaman ini apa-apa mungkin terjadi. Perjuangan dan kesetiaan kepada parti bukan lagi menjadi perkara utama.

Read More…

Posted by: anakcucukita | July 29, 2008

Fitnah Internet – Dosa Mudah Yang Kita Tak Tersedar

Kemajuan teknologi komunikasi maklumat mempunyai banyak impaknya ke atas kehidupan masyarakat awam di negara kita. Pelbagai jenis bentuk maklumat dengan mudahnya dapat diperolehi. Bak kata pepatah moden, “informasi di hujung jari anda”. Media cetak dan televisyen bukan lagi menjadi sumber maklumat yang utama. Suatu perubahan yang dikira agak membanggakan. Yang sukar kita perolehi semasa dekad-dekad yang lampau.

Di sebalik faedah yang diperolehi hasil dari perkembangan pesat dalam bidang ICT, terdapat suatu ancaman yang kita terlepas pandang. Masyarakat kita tanpa disedari berdepan kemungkinan yang besar untuk mendapat peluang membuat dosa semudah ABC. Dosa yang penulis maksudkan ialah dosa menyebar berita-berita palsu yang akhirnya menjadikan kita tergolong sebagai golongan penyebar fitnah. Suatu perbuatan yang terkutuk di dalam agama Islam.

Read More…

Posted by: anakcucukita | July 28, 2008

‘Brainstorming Session’: Kaedah Perangi Rasuah

Bila bercakap tentang rasuah, apa yang selalunya menjadi topik perbincangan kita adalah siapa yang mengambil rasuah, berapa banyak rasuah yang diambil dan kesan rasuah ke atas ekonomi dan politik negara? Selalunya ini menyebabkan berlakunya tuduh menuduh tanpa bukti, dah secara langsung menyebabkan berlakunya fitnah menfitnah. Kita asyik salahkan kerajaan, marah kerajaan bila rasuah berlaku tapi tak memberi sebarang cadangan untuk mengatasi masalah ini. Cuba bersama-sama kita brainstorm di sini macammana kaedah untuk kita memerangi rasuah. Walaupun ada pihak yang mungkin akan berkata kita tidak ada kuasa, apa yang kita bincangkan di sini akan hanya menjadi sampah, sekurang-kurangnya ada pihak yang bertanggungjawab, berkuasa, berpengaruh, wakil-wakil rakyat, ataupun sesiapa yang boleh menyampaikan kepada kerajaan; yang membaca blog ini.

Kaedah yang mungkin berkesan, pengstrukturan semula sistem sedia ada. Mengenalpasti setiap peluang yang ada yang boleh digunakan oleh staf yang terlibat untuk mengambil rasuah dan kita cuba cari sistem yang dapat menutup peluang itu. Saya terjumpa sebuah thesis PhD yang menggunakan kaedah analytic hierarchy process yang mungkin sesuai digunakan dalam pembuatan keputusan (decision making) untuk memilih kontraktor atau pembekal. Sila rujuk : Chai, Khin Chung (2005) Supplier selection framework for strategic government procurement. PhD thesis, Universiti Teknologi Malaysia boleh didapati di http://eprints.utm.my/4196/ . Kaedah lain mungkin penerapan nilai murni atau kesedaran kepada staf yang terlibat dalam kerja-kerja yang ada kemungkinan rasuah boleh berlaku. Ini adalah yang paling susah sebab bukannya senang nak ubah sifat manusia. Tapi mungkin jika mereka ini dihantar ke kem motivasi khusus untuk kesedaran bahayanya rasuah boleh membantu sedikit sebanyak. Mereka perlu tahu betapa duit haram dari rasuah itu yang digunakan untuk makan minum keluarga, anak bini akan jadi darah daging yang sentiasa ada dalam tubuh anak cucu cicit mereka kelak.

Dengan adanya sistem yang dapat memerhati dan mengawal tindak tanduk mereka, dan kesedaran diri diharap dapat mengawal dan mengelakkan golongan yang bertanggungjawab ini dari melakukan rasuah.

Walaubagaimanapun, komen-komen untuk cadangan kaedah perangi rasuah ini amatlah dialu-alukan supaya kita dapat bincang mengenai isu ini dengan lebih bernas dalam ‘post’ yang akan datang.

Posted by: anakcucukita | July 25, 2008

Kes Liwat Anwar – Kita Perlu Lebih Matang

Kes liwat melibatkan DSAI sekali lagi menarik perhatian ramai. Pelbagai pendapat dihujahkan oleh masyarakat awam. Ada yang menyebelahi Anwar dan ada juga yang mempercayai bahawa beliau sememangnya terlibat dalam perbuatan terkutuk itu. Sekali lagi orang melayu berpecah belah. Hanya kerana insan yang bernama Anwar bin Ibrahim. Sebagai seorang Islam, sememangnya kita tidak dapat menjatuhkan hukuman ke atas seseorang, selagi dia tidak dibuktikan bersalah. Walaubagaimanapun, tidak juga kita dibenarkan sewenang-wenangya untuk menuduh pula orang lain melakukan konspirasi. Siapakah kita? Kita sebenarnya hanyalah insan biasa yang amat kurang pengetahuannya berbanding pengetahun yang Maha Esa.

Read More…

Posted by: anakcucukita | July 23, 2008

Kereta nasional VS Kereta jenama luar negara

Pembelian 14 buah Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan kereta Proton Perdana V6 Executive yang baru dibeli pada 2004 untuk kegunaan Menteri Besar, Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri Terengganu agak tidak kena masa memandangkan rakyat masih terbelenggu dengan isu minyak dan tidak menepati saranan kerajaan utuk berjimat cermat. Namun persoalan yang ingin penulis bawa adalah kualiti kereta buatan nasional yang digambarkan melalui berbagai-bagai alasan pembelian. Kos penyelenggaraan sebanyak RM175,229.97 dan RM132,357.76 sebuah untuk tempoh empat tahun jelas sekali menggambarkan betapa teruknya kualiti kereta buatan Malaysia ini. Penulis juga menggunakan kereta Proton Wira yang dibeli pada tahun 1996, begitu juga ahli keluarga yang lain yang kebanyakan memakai kereta Proton Wira, Proton Iswara, Proton Satria malahan seorang saudara penulis memiliki sebuah Proton Saga yang dibeli ‘second hand’ yang kini berusia 19 tahun tetapi masih boleh digunakan setiap hari untuk perjalanan setengah jam ke tempat kerja beliau. Jesteru itu pengetahuan penulis mengenai kereta buatan luar seperti Mercedes Benz, BMW dan Honda amatlah sedikit hanyalah berdasarkan cerita kawan-kawan yang berpengalaman menggunakan kereta jenama mewah ini. Ada juga keinginan membeli kereta baru, pilihan yang ada di fikiran penulis mungkin Perodua Kelisa, Proton Gen2 atau Proton Waja. Kenapa kereta buatan Malaysia? Yang ada

Read More…

Ramai orang memberi reaksi yang pelbagai apabila orang Melayu cuba menyuarakan tentang kekuasaan Melayu di negara Malaysia. Apa yang amat dikesalkan, orang Melayu sendiri juga ada yang memberi pandangan yang sinis apabila perkara ini dihujahkan. Ada yang mengangggap bahawa ianya bercanggah dengan konsep ‘demokrasi’ barat dan tidak kurang juga beranggapan bahawa ianya diadakan untuk mengalih pandangan rakyat ke atas sesuatu isu.

Mengapa perlunya isu ini disingkap semula di dalam blog ini? Penulis beranggapan bahwa sejarah hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu perlu diterangkan kepada generasi muda yang sudah mula lupa sejarah bangsanya.

Read More…

Categories