Posted by: anakcucukita | July 29, 2008

Fitnah Internet – Dosa Mudah Yang Kita Tak Tersedar

Kemajuan teknologi komunikasi maklumat mempunyai banyak impaknya ke atas kehidupan masyarakat awam di negara kita. Pelbagai jenis bentuk maklumat dengan mudahnya dapat diperolehi. Bak kata pepatah moden, “informasi di hujung jari anda”. Media cetak dan televisyen bukan lagi menjadi sumber maklumat yang utama. Suatu perubahan yang dikira agak membanggakan. Yang sukar kita perolehi semasa dekad-dekad yang lampau.

Di sebalik faedah yang diperolehi hasil dari perkembangan pesat dalam bidang ICT, terdapat suatu ancaman yang kita terlepas pandang. Masyarakat kita tanpa disedari berdepan kemungkinan yang besar untuk mendapat peluang membuat dosa semudah ABC. Dosa yang penulis maksudkan ialah dosa menyebar berita-berita palsu yang akhirnya menjadikan kita tergolong sebagai golongan penyebar fitnah. Suatu perbuatan yang terkutuk di dalam agama Islam.

Limpahan maklumat yang diperolehi setiap hari menerusi email dan blog memungkinkan terlepasnya berita-berita yang tidak benar ke pengetahuan kita. Sudah resmi masyarakat melayu dewasa ini yang sukakan berita-berita hangat lagi sensasi, berita-berita sebeginilah yang biasanya menjadi perhatian dan topik perbualan kita semua. Ini termasuk gosip-gosip tentang artis dan juga skandal-skandal pemimpin politik.

Semenjak menjelang PRU-12 yang lalu, email penulis sentiasa dibanjiri oleh berita-berita tentang skandal pemimpin-pemimpin politik (dari bab seks sampailah ke bab penyelewengan). Ada yang agak logik dan tidak kurang juga yang langsung tak masuk akal. Begitu mudah sangat orang kita menekan butang ‘forward’ bila adanya berita-berita sensasi, tanpa mereka selidiki kebenaran cerita-cerita tersebut. Apatah lagi jika ianya melibatkan pemimpin politik yang berlainan ideologi. Lagi mudahlah berita-berita tersebut di’forwardkan’ kepada rakan-rakan. Yang lucunya, ada di kalangan rakan-rakan penulis yang dikenali ramai sebagai seorang yang pendiam, pemalu dan penyantun, tapi bab-bab mem’forward’ email ni dialah yang nombor satu.

Sekiranya berita yang kita ‘forward’kan itu memang benar, maka bagus lah…. Sekurang-kurangnya kita menghebahkannya untuk pengetahuan orang ramai. Tapi persoalannya bagaimana pula sekiranya berita yang di’fowardkan itu tidak benar ? Tidak kah menabur fitnah namanya? Walaupun kita bukannya orang yang memulakan cerita tersebut, tetapi dengan menghebahkannya, maka kita pun sama-samalah mendapat habuannya.

Cuba renungkan peringatan Allah S.W.T dalam hal ini:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seoarang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan suatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.

[Al-Hujurat:6]

Untuk itu penulis berpendapat bahawa sekiranya kita dihujani dengan informasi-informasi yang agak samar kebenarannya, eloklah kita selidiki terlebih dahulu. Sekiranya kita agak ragu lebih baik jangan dihebabhkan, takut nanti dengan mudah sahaja kita mendapat dosa. Dosa memfitnah ini bukannya boleh terhapus setakat bertaubat dengan Allah S.W.T sahaja, tapi juga perlu meminta maaf dari orang yang difitnah itu. Bayangkanlah kalau berita yang kita forward tentang seseorang pemimpin tu tidak benar. Macam mana kita nak pergi meminta maaf dengan pemimpin tersebut?

Kepada mereka yang suka mengada-adakan cerita pulak, eloklah lah sekiranya dihentikan sahaja kerja-kerja tersebut. Bukan ada faedah pun. Malah “for sure” akan dapat dosa. Penulis pun tak berapa faham sebab apa suka sangat mereka ini mengada-adakan cerita yang tidak benar. Sampai masyarakat kita naik pening bertikam lidah dan berpecah belah. Lupakanlah permusuhan politik. Sesungguhnya matlamat itu tidak menghalalkan cara. Kalau tak suka sangat pun kepada pemimpin-pemimpin tertentu tidak perlulah direka-reka cerita memburuk-burukkan mereka. Allah S.W.T berfirman,

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sentengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu pangil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

[Al-Hujurat: 11]

Penulis berharap agar pembaca-pembaca blog ini tidak akan termasuk di dalam golongan pengadu domba kerana disebutkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat. Huzaifah r.a. bahawa tatkala dia mendengar ada seorang lelaki suka mengadu domba lalu dia berkata saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;

“Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba”.

Di dalam riwayat yang lain Rasulullah S.A.W bersabda,

Sejelek-jelek hamba Allah iaitu orang-orang berjalan ke sana ke mari dengan mengadu domba.

Sama-sama kita renungkan.


Responses

  1. Itulah masalahnya…. kalo dah bodoh. Otak letak kat lutut. Malas nk pikir. Main percaya apa orang kata.

  2. salam…
    hi gorgom69 dan sama waktu dengannya. bagus jugak la diorg buat kursus untuk penulisan blog kat ipt. sekurang2nya mereka dapat menulis blog yang bukan berunsur fitnah senang cakap “beretika”.
    tapi mungkin juga bagi kita berita2 atau cerita tu fitnah sebab kita tak tau cerita yang betul atau pon tak. cuma penulis ja yang tahu benda2 tersebut. jadi kepada pembaca saya harap kena banyak buat kerja rumah sikit (“referrence”) sebelum mempercayai cerita2 atau berita. takut nnt cerita dongeng ja dia percaya sampai bakaq rumah. sapa yg rugi????
    p/s: satu hari kita di himpun di padang mahsyar untuk di hitung.

  3. Sejak dua menjak ni ramai pulak bpr menangah pengarah2 jabatan kerajaan. bagus bagus.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: