Posted by: anakcucukita | July 28, 2008

‘Brainstorming Session’: Kaedah Perangi Rasuah

Bila bercakap tentang rasuah, apa yang selalunya menjadi topik perbincangan kita adalah siapa yang mengambil rasuah, berapa banyak rasuah yang diambil dan kesan rasuah ke atas ekonomi dan politik negara? Selalunya ini menyebabkan berlakunya tuduh menuduh tanpa bukti, dah secara langsung menyebabkan berlakunya fitnah menfitnah. Kita asyik salahkan kerajaan, marah kerajaan bila rasuah berlaku tapi tak memberi sebarang cadangan untuk mengatasi masalah ini. Cuba bersama-sama kita brainstorm di sini macammana kaedah untuk kita memerangi rasuah. Walaupun ada pihak yang mungkin akan berkata kita tidak ada kuasa, apa yang kita bincangkan di sini akan hanya menjadi sampah, sekurang-kurangnya ada pihak yang bertanggungjawab, berkuasa, berpengaruh, wakil-wakil rakyat, ataupun sesiapa yang boleh menyampaikan kepada kerajaan; yang membaca blog ini.

Kaedah yang mungkin berkesan, pengstrukturan semula sistem sedia ada. Mengenalpasti setiap peluang yang ada yang boleh digunakan oleh staf yang terlibat untuk mengambil rasuah dan kita cuba cari sistem yang dapat menutup peluang itu. Saya terjumpa sebuah thesis PhD yang menggunakan kaedah analytic hierarchy process yang mungkin sesuai digunakan dalam pembuatan keputusan (decision making) untuk memilih kontraktor atau pembekal. Sila rujuk : Chai, Khin Chung (2005) Supplier selection framework for strategic government procurement. PhD thesis, Universiti Teknologi Malaysia boleh didapati di http://eprints.utm.my/4196/ . Kaedah lain mungkin penerapan nilai murni atau kesedaran kepada staf yang terlibat dalam kerja-kerja yang ada kemungkinan rasuah boleh berlaku. Ini adalah yang paling susah sebab bukannya senang nak ubah sifat manusia. Tapi mungkin jika mereka ini dihantar ke kem motivasi khusus untuk kesedaran bahayanya rasuah boleh membantu sedikit sebanyak. Mereka perlu tahu betapa duit haram dari rasuah itu yang digunakan untuk makan minum keluarga, anak bini akan jadi darah daging yang sentiasa ada dalam tubuh anak cucu cicit mereka kelak.

Dengan adanya sistem yang dapat memerhati dan mengawal tindak tanduk mereka, dan kesedaran diri diharap dapat mengawal dan mengelakkan golongan yang bertanggungjawab ini dari melakukan rasuah.

Walaubagaimanapun, komen-komen untuk cadangan kaedah perangi rasuah ini amatlah dialu-alukan supaya kita dapat bincang mengenai isu ini dengan lebih bernas dalam ‘post’ yang akan datang.


Responses

  1. mereka ni bukan nak sangat amek rasuah tapi mungkin disebabkan desakan hidup yang memaksa mereka mengambil rasuah…gaji mereka tidah cukup untuk menampung keluarga dan taraf hidup yang tinggi pada masa ini. oleh sebab itu pihak luar pun mengambil kesempatan di atas kesusahan mereka dengan menawarkan rasuah dan di balas dengan projek

  2. sebab tu kalau kita kaji balik, politik dalam islam sendiri suruh kita pilih pemimpin yang berkaliber dan kuat pegangan agamanya, nafsu manusia, bertuhankan wang ringgit, tapi salah siapa? siapa suruh kita pilih pemimpin yang tak teguh pegangan agamanya? dan nanti di akhirat dengan kita skali dok kena soal tanya kenapa pilih pemimpin mcm tu haha sdri mau ingat la kot, kita tak boleh fikir soal duniawi shj, akhirat, ajaran agama pun mau kena fikir juga, kalau dibiarkan kita turut bersubahat. ini bukan 100% masalah melayu itu sendiri, tapi termasuk juga masalah pegangang, kepercayaan dan sejauh mana kuatnya pegangan kita terhadap ajaran agama islam. terima kasih

  3. Salam penulis dan juga komentar. Bagus artikel ni dan juga komentar yg telah membuat komen.
    pada pendapat saya untuk memerangi rasuah tak semestinya di sebelah pihak penerima, ia juga mesti di kaji dari sudut pemberi. Kebanyakan penyebab yg penerima ni ialah di janji2 dgn pulangan yang lumayan. Mungkin komen si comot juga betul. Kena pilih org yg betui paham makna halal dan haram. tapi… hati itu setan… tamak… ada seringgit nak 2… ada 2 nak tiga… jadilah madu tiga😛, maka terciptalah salah laku ini yg merosakkan diri keluarga dan negara. memandangkan dunia dah akhir zaman ni mmg susah nak cari yg betul bleh pikir untuk org lain. semua mesti pikir untuk diri sendiri ja. tak kira pemimpin atau yg di pimpin.

    Untuk itu boleh tak kita buat satu multi layer tender checking dan org yg itu mestilah mempunyai rekod baik. contoh sy nak masuk tender suply kasut ke pusat antidadah… jadi tender yg saya ni di periksa oleh beberapa org yg di lantik td. memandangkan mereka ni ramai yg rekod baik agak susah jugak saya nak menyuap mereka2 ni.kalau sorg mungkin lepas. kalau 6 7 org mustahil la kan nak lepas. itu pendapat saya selaku org yg tak pernah tender2 ni.

    saya tak dak bisnes dgn tender2, tapi kawan2 tu ramai juga kontraktor dari kelas F dan ada sampai kelas A. mereka ni selalu sebut “kabel, nak kena ada kebel power ni, mana nak cari kebel?, ada kebel ka?”, sebenarnya kalau di pikirkan balik mereka ni lah yg mencipta tabiat buruk “rasuah”.

    Jadi, kalau ada multi layer checking mmg menyukarkan mereka ni.

    Itu kot cara penyelesaian ringkas dari saya yg agak tak pasti dgn kaedah itu atau ada komentar yg mempunya idea yg bernas boleh di kongsi serba sedikit. kaedah saya sebut tadi itu tak termasuk “tangan ghaib”. org yg selalu masuk tender2 cara haram ni mesti paham apa itu “tangan ghaib”🙂

    sekian wsalam.

  4. Aku bengang betul. Kat Malaysia ni nak buat apa pun nak kena ada ‘kabel’. Nak dapat kerja kena ada ‘kabel’ nak bukak bisnes kena ada ‘kabel’. Sikit-sikit ‘kabel’. Bila sebut pasal ‘kabel’ ni mungkin orang selalu ingat pasal jawatan-jawatan atau kontrak-kontrak dlm sektor kerajaan saja. Tapi hakikatnya ‘kebel’ meng’kabel’ ni berlaku juga di sektor-sektor swasta. Baik di peringkat orang atasan maupun peringkat orang bahawan. Bagi aku ‘kabel’ ni dah menjadi satu budaya masyarakat Malaysia. Sapa-sapa yang takder kabel akan merasa kurang confident dan akhirnya orang mcm ni akan jadi papa kedana sampai bila-bila walaupun mempunyai keupayaan sebenar yang lebih baik dari orang lain. Maka akan menjadi kaya raya lah pula golongan-golongan yang muka tak malu. Masalah rasuah ni aku yakin tak akan dapat dihapuskan dengan hanya menukar kerajaan. Macam la kerajaan lain nanti 100% sure takdak rasuah. Rasuah ni dah jadi satu budaya. Faham tak… satu budaya! Yang dah berakar umbi dalam kehidupan masyarakat kita sejak akhir-akhir ini. Cuba kita semua renung balik. Sapa yang mula menerapkan nilai-nilai rasuah ni dalam negara kita. Tak lain tak bukan budaya kotor ni datang dari satu jenis bangsa yang berasal dari timur jauh. Di negara kita sejak dulu lagi mereka ni mempunya penguasaan ekonomi tetapi takder kuasa dari sudut pentadbiran dan politik. Jadi disuapkanlah kepada orang-orang melayu yang jenis-jenis bangsat yang nak kaya sorang dier jer yang mempunyai sedikit kuasa tidak kira diperingkat manapun. Maka dari sehari ke sehari budaya suap menyuap ni menjadi satu kebiasaan dan akhirnya bersarang dalam sanubari pihak-pihak yang mempunyai kuasa dari segi pentadbiran dan penguatkuasaan. Untuk mengatasi masalah ini kiranya dah agak terlambat lah jugak. Tapi untuk mengurangkannya, yang paling penting setiap melayu yang memegang kuasa baik pak polis pacak maupun pemimpin politik harus ada jati diri. Jangan mudah gelap mata bila dihulurkan wang ringgit. Jangan asyik nk pikir kaya sorang-sorang jer. Mesti pikir nasib bangsa secara keseluruhannya.

  5. Inilah yang di katakan perangi rasuah.

    http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16192&Itemid=1


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: