Posted by: anakcucukita | July 25, 2008

Kes Liwat Anwar – Kita Perlu Lebih Matang

Kes liwat melibatkan DSAI sekali lagi menarik perhatian ramai. Pelbagai pendapat dihujahkan oleh masyarakat awam. Ada yang menyebelahi Anwar dan ada juga yang mempercayai bahawa beliau sememangnya terlibat dalam perbuatan terkutuk itu. Sekali lagi orang melayu berpecah belah. Hanya kerana insan yang bernama Anwar bin Ibrahim. Sebagai seorang Islam, sememangnya kita tidak dapat menjatuhkan hukuman ke atas seseorang, selagi dia tidak dibuktikan bersalah. Walaubagaimanapun, tidak juga kita dibenarkan sewenang-wenangya untuk menuduh pula orang lain melakukan konspirasi. Siapakah kita? Kita sebenarnya hanyalah insan biasa yang amat kurang pengetahuannya berbanding pengetahun yang Maha Esa.

Di sini penulis mengajak seluruh rakyat Melayu beragama Islam supaya bertindak secara lebih matang dalam menghadapi pelbagai badai gelora menjelang akhir zaman. Sikap esktrimisme perlulah dibuang supaya perpaduan bangsa dapat dikekalkan. Bagi pejuang-pejuang keadilan, adakah kita benar-benar berlaku adil? Adakah kerana kes ini melibatkan DSAI, maka kita pun berteriakkan laungan keadilan. Kita sebenarnya menipu diri sendiri. Memang diakui ramai antara kita sayangkan DSAI, beliau seakan-seakan memberi sinar keadilan disebalik pelbagai ketidakadilan yang kita fikir berlaku dalam kerajaan sekarang. Namun sedarkah kita bahawa kita hanya memperjuangkan keadilan atas kes-kes tertentu melibatkan insan yang menjadi idola kita. Tapi bagaimana pula kes-kes yang lain? Beberapa bulan yang lalu seorang buruh dipukul sehingga terbunuh angkara disyaki mencabul kehormatan seorang remaja. Apa sudah jadi kepada orang Melayu ni? Mengapa tiadanya laungan keadilan dalam kes sebegini? Mengapa kes ini tidak sehangat kes Anwar Ibrahim? Adakah kerana beliau hanyalah seorang buruh dan bukannya mantan timbalan perdana menteri? Adilkah kita?

Ayuh bangsaku, janganlah terlalu mempunyai pemikiran yang ekstrim di sebelah pihak sehinggakan bangsa Melayu sendiri yang menjadi rugi. Penulis menyeru supaya dihentikan penghujahan secara terbuka mengenai kes-kes yang bersangkutan dengan aib orang malah lagi kabur seperti ini. Ini bukan budaya kita. Mengapa suka sangat kita memperkatakan tentang aib orang. Seakan-akan memperdebatkan soal aib lawan adalah budaya terkini bangsa Melayu. Aku malukan engkau dan engkau malukan aku. Tiada kesudahannya….

Kita seharusnya menyelesaikan masalah ini secara matang. Perlu kita sedari bahawa kuasa-kuasa asing sentiasa cuba mengambil peluang untuk mencampuri urusan negara kita. Malaysia sebagai sebuah Negara Islam tidak lari dari menjadi target kuasa besar dunia. Mereka sentiasa mencari helah untuk menganggu urusan negara kita. Kuasa-kuasa asing ini sebenarnya bukanlah nak menyokong Anwar Ibrahim sangat, tetapi lebih kepada mengambil kesempatan. Yang terbaru, dua orang bekas bos besar IMF (James Wolfensohn dan Michel Camdessus) menyeru supaya Malaysia menggugurkan kes liwat terhadap Anwar Ibrahim atas nama keadilan kononnya. Siapakah mereka yang pandai-pandai cuba mengajar kita tentang keadilan. Dengan menggugurkan kes tersebut maka kita sebenarnya tidak berlaku adil kepada pengadu. Inikah keadilan sebenar?

Sebagai seorang Islam, percayalah bahawa adanya dua pengadilan terhadap kes ini. Satunya ialah pengadilan mahkamah dunia dan satu lagi ialah pengadilan Allah S.W.T di akhirat kelak. Hentikanlah sengketa sesama kita. Teruskan bekerja dan berusaha untuk kemajuan agama dan bangsa.


Responses

  1. kalau kita lihat semula, kes liwat yang lama pun anwar tak bersalah, dimana keadilan sebenarnya.. orang tak salah , pegi sumbat org tu dalam penjara dok bertahun dalam tu, lepas tu lepas buat tak tau. Anwar ibrahim bukanlah seorang yang cetek akal, kalau betul beliau gay sekali pun, takkan la tak dia nak buat mcm tu sedangkan sebelum ni beliau pernah di tangkap atas kesalah dan tuduhan yang sama.. Ni semua propaganda kerajaan dan orang yang takut DSAI naik semula, ni umpama kes kes yang sebelum ni la, tgk kes altantuya, sekarang senyap, mereka memang akan mereka cipta sesuatu yang baru, untuk menutup kesilapan mereka, even kalau kita tgk cerita farenheit 9-11 pun , cara politik kerajaan ni sekarang banyak menggunakan psikologi untuk menutup kesilapan mereka sendiri.. penat komen aih, panjang plak komen keke tq

  2. DSAI dipenjara 4thn keraja kes rasuah la.. bknnya liwat. Macammana pun keputusan penghakiman kes DSAI di Mahkamah Rayuan oleh 2 daripada 3 org hakim :
    “Even though reading the appeal record, we find EVIDENCE TO CONFIRM that the appellants (Anwar dan Sukma) were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved that the alleged offences as stated in the charge, beyond reasonable doubt”.

    http://test.chedet.com/che_det/2008/07/anwar.

  3. haha ya ke, yang penting ada tidak keadilan di situ.. yang lepas jadikan pengajaran utk kita ,

    http://test.chedet.com/che_det/2008/07/siapa-lantik-abdullah.html#more

  4. Just wondering.kat mana ketidakadilan tu? We never know..Allah s.w.t, DSAI dan org yang terlibat sahaja yang tau.

  5. Tu la masalahnya melayu…. percaya sangat kat Anwar Ibrahim. Main sokong buta tuli. Macam la dia kenal sangat Anwar tu.

  6. kalau si anuar ni betul-betul tak bersalah kenapa dia tak nak bersumpah dihadapan Al Quran seperti yang dicadangkan oleh Mufti Besar Perlis. Kenapa masih nak bebankan lagi kepala rakyat Malaysia.Banyak lagi masalah rakyat yang kita boleh fikirkan serta bincangkan. Sinuar ni dia dah kaya dan kalau tak jadi PM pun dia boleh hidup tapi kepada rakyat yang masih lag susah..so fikirkanlah

  7. kenapa Anwar saja yang dituduh dan ditangkap… Kenapa Najib dituduh tapi x ditangkap ..😕 ..kenapa nak harapkan Polis ? ..Boleh percayakah Polis ni ? Polis ..dah banyak kes polis salah guna kuasa … ? kes terdekat..pembunuhan Attantuya..Polis sendiri yang bunuh…
    Kes Anwar ni saja diwujudkan untuk menyusahkan Org…jalan jam..polis buat roadblock, tunjuk perasaan…kepada pihak2 berkenaan..pikir2kan

  8. nak cari kebenaran senang ja….pegi Mekkah junjung Al-Quran depan Kaabah…tgok berani tak nak …..lam melaysia boleh la cakap brani…pegi mekah tgok..takut terkencing2 lam seluaq ….

  9. nak matang mcm mana lagi wahai saudara blogger..apa engkau tuli dan buta. aku tahulah ko ni pencacai ameno sebenarnya, tapi cuba berselindung…kononnya nmpk mcm adil..tapi ko ni bias jugak…ptuiiiiiiiiiiii

  10. Salam Pembaca Sekelian,

    Secara dasarnya saya ingin mengucapkan setinggi2 tahniah kepada blogger ini yang mempunyai satu pandangan yang jauh lagi bijaksana yang mana topik yang diutarakan bukanlah ingin menyebelahi mana2 pihak politik di Malaysia ini akan tetapi mengajak kita berfikir dengan lebih matang dan lebih penting lagi menilai apakah tindakan yang kita lakukan memberi faedah serta manfaat kepada kita semua lebih2 lagi orang2 Melayu..berfikirlah dan bertindak dengan wajar menggunakan akal kurniaan tuhan.Setiap tindakan kita harus memberi faedah kepada orang Melayu khususnya dan bukannya membuatkan bangsa masih di takuk lama. Sedarlah..Melayu Malaysia sudah ketinggalan dalam banyak perkara berbanding bangsa lain..mengapa??..sama-sama kita fikirkan dan bertindak untuk membina semula apa yang telah runtuh..

  11. yaALLAH..knapela de yg bd0h pcaya ngan fitnah 2..first k0rang pk sndri..klau anwar salah,apsal ulama2 sume nk tl0ng dia??ulama’ 2 sume dh buta ke??siap tl0ng wat s0lat hajat lg..siapalah kta b’bnding dgn ulama’2 2..ulama2 2 dkt dgn Allah..ak yakin di0rg lbih tau kbenarannya..second,cra si saiful 2 smpah bkan cra islam..ingat kristian ke sumpah pkai kitab..si saiful 2 b0do..msti dpt duit byk..dia 2 bdak k0lej yg bengap je..p0inter pn busuk je..k la..pnat dh taip..lu pk la sndri rkyat m’sia..!renung2kn.!

  12. Kalau menurut hukum hudud, saiful sepatutnya telah dihukum sula sebab dia sendiri telah bersumpah yang dia diliwat sedangkan tiada unsur ugutan atau paksaan dari DSAI seperti menggunakan pisau atau pistol atau apa2 yang mengancam nyawa si Saiful tu.

    Kita gunalah akal fikiran kita yang logik ini.Saiful tu muda lagi,gagah dan kuat.Tinggi pulak.DSAI tu dah tua,sakit belakang pulak tu.Jangankan nak buka suar Saiful, nak ambil pen dalam kocek suar Saiful pun belum tentu dapat kalau Saiful guna kekuatan dia.So fikirlah dalam2.

    Kalau tak Saiful sendiri dengan rela buka suar dan tonggeng tak mungkin Anwar dapat meliwatnya.LU FIKIR LA SENDIRI.

    Apa2 pun sumpah Saiful tu tak mencerminkan yang dia benar.Balikla kepada ajaran Islam kalau kita mengaku kita Islam.Bawakan 4 orang saksi yang adil sebelum kita menuduh orang itu melakukan zina atau liwat.

    HIDUP PAS.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: