Posted by: anakcucukita | July 23, 2008

Kereta nasional VS Kereta jenama luar negara

Pembelian 14 buah Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan kereta Proton Perdana V6 Executive yang baru dibeli pada 2004 untuk kegunaan Menteri Besar, Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri Terengganu agak tidak kena masa memandangkan rakyat masih terbelenggu dengan isu minyak dan tidak menepati saranan kerajaan utuk berjimat cermat. Namun persoalan yang ingin penulis bawa adalah kualiti kereta buatan nasional yang digambarkan melalui berbagai-bagai alasan pembelian. Kos penyelenggaraan sebanyak RM175,229.97 dan RM132,357.76 sebuah untuk tempoh empat tahun jelas sekali menggambarkan betapa teruknya kualiti kereta buatan Malaysia ini. Penulis juga menggunakan kereta Proton Wira yang dibeli pada tahun 1996, begitu juga ahli keluarga yang lain yang kebanyakan memakai kereta Proton Wira, Proton Iswara, Proton Satria malahan seorang saudara penulis memiliki sebuah Proton Saga yang dibeli ‘second hand’ yang kini berusia 19 tahun tetapi masih boleh digunakan setiap hari untuk perjalanan setengah jam ke tempat kerja beliau. Jesteru itu pengetahuan penulis mengenai kereta buatan luar seperti Mercedes Benz, BMW dan Honda amatlah sedikit hanyalah berdasarkan cerita kawan-kawan yang berpengalaman menggunakan kereta jenama mewah ini. Ada juga keinginan membeli kereta baru, pilihan yang ada di fikiran penulis mungkin Perodua Kelisa, Proton Gen2 atau Proton Waja. Kenapa kereta buatan Malaysia? Yang ada

difikiran penulis, berdasarkan pengalaman rakan-rakan yang memakai kereta buatan luar, kos penyelenggaraan Proton murah di samping harga kereta yang sememangnya murah. Pengalaman pahit penulis dengan kereta nasional ini juga ada. Pada 2001, kereta penulis yang pada ketika itu berusia 5 tahun mengalami masalah pemanasan juga. Ingat lagi betapa marahnya penulis dengan Proton yang pada fikiran penulis ketika itu mengeluarkan kereta yang tidak berkualiti. Kereta tersebut rosak ditengah-tengah perjalanan ke utara dari Kuala Lumpur. Nasib ada yang membantu dan dihantar ke bengkel berdekatan. Akibatnya waterpump terpaksa ditukar baru. Kos yang terpaksa ditanggung adalah RM 1100 termasuk upah towing. Agak mahal bagi penulis, terasa macam kena tipu tapi apa lagi pilihan yang ada, kereta tidak boleh jalan, kenalan pun tidak ada dikawasan itu. Mekanik itu menyarankan agar penulis sentiasa menjaga enjin kereta, mencuci enjin dan sentiasa periksa aras air, jika kurang perlu diisi. Melihat enjin sahaja mekanik paham yang penulis bukannya orang yang menjaga kereta dengan baik dan itu memang harus diakui oleh penulis sendiri. Bermula dari situ, memang penulis jalankan penyelenggaraan kereta yang rutin, dan dari situ juga penulis tidak pernah mempunyai masalah major dengan kereta itu. Adalah juga masalah seperti selalu kena tukar wiper yang haus tapi penulis tidak akan sesekali menyalahkan Proton sebab penulis tahu itu disebabkan penulis terpaksa letak kereta di tempat yang tidak berbumbung. Kereta Honda Civic Ferio keluaran tahun 1996 seorang kenalan penulis mempunyai masalah pemanasan, bermacam-macam cara yang dibuat termasuklah tukar meter suhu yang baru, tukar water pump, gasket, dan wiring. Pelbagai mekanik dicuba, malangnya semuanya gagal. Bertahun jugala beliau mengalami masalah yang sama dan banyak kali juga terpaksa panggil orang untuk towing kereta yang mati di lebuhraya dan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Akhir sekali baru-baru ini, baru ini penulis dengar beliau tukar seketul enjin kereta yang sedia ada dengan enjin yang baru. Memakan kos RM 3-4k. Kira-kira balik kos selama ini yang beliau ulang alik hantar mekanik sana mekanik sini, boleh bayar separuh harga sebuah kereta Proton Iswara yang baru. Ada juga seorang sahabat yang membeli sebuah Mercedes Benz keluaran pertengahan tahun 90an second hand dan menjual semula setahun kemudian atas alasan kos penyeleggaran yang mahal. Ada banyak lagi pengalaman yang penulis dengar mengenai kos penyelenggaraan kereta mewah yang agak mahal. Bagaimanapun ini hanya berdasarkan pengalaman orang lain yang disampaikan kepada penulis kerana pengalaman dengan Proton sahaja yang penulis ada. Jika ada dikalangan pembaca yang berpengalaman pakai kereta mewah yang tidak bersetuju dengan pendapat ini, harap penulis dimaafkan. Jadi kesimpulan yang dapat penulis buat kalau pakai kereta buatan luar atau tempatan, jika kita tidak jaga enjin, mana-mana kereta pun mudah rosak.

Kembali ke Terengganu, melihat angka-angka yang berikan terlintas difikiran penulis, lojikkah sebanyak ini kos penyelenggaraan kereta baru? (buatan 2004 agak baru bagi fikiran penulis). Angka yang tertulis ini amat besar bagi penulis dan pihak yang berkaitan perlu semak semula jika wujud unsur penipuan. Bukan maksud penulis menuduh kerajaan Terengganu menipu tetapi kemungkinan adanya salahlaku pihak-pihak yang menghantar kenderaan itu untuk diselenggara. Semak semula dengan mekanik di mana kereta-kereta itu dihantar. Jika ada mekanik yang menipu, tukar saja mekanik baru. Juga minta diberikan dengan jelas apa yang sebenarnya ditukar baru atau diperbaiki kerana angka yang diberikan amatlah meragukan. Jika benar tiada kebocoran dan itulah kos sebenar yang terpaksa ditanggung jika pakai kereta Proton Perdana V6, cadangan penulis adalah beli sahaja Proton Wira atau Proton Iswara yang terbukti menjimatkan berdasarkan testimonial yang penulis berikan di atas.

Berdasarkan pemerhatian, penulis memilih untuk terus setia menggunakan kereta nasional sebab penulis memang memerlukan kereta yang jimat dan kos penyelenggaraan yang murah. Sesekali terfikir, apakah yang ada difikiran sebilangan rakan yang sanggup tanggung hutang, bayar faedah yang tinggi kerana hendak pakai kereta mewah, sanggup jimat makan dan meminjam daripada rakan-rakan lain bila kos pembaikan kereta tersebut lebih dari kemampuan atau pun merungut hari-hari pening pasal kos minyak yang tinggi. Kerana riak, mahu mengagumkan orang yang melihat, mengorat gadis-gadis ataupun simbol kejayaan? Perlu juga diakui, ramai juga rakan-rakan penulis yang mengganggap kereta mewah seperti BMW atau Mercedes Benz lambang kejayaan dan amat membanggakan, mereka memandang rendah, mengutuk kualiti kereta nasional sendiri malahan penulis sendiri kadang-kadang ditertawakan kena kononnya tidak ada class pakai kereta tempatan. Penulis tidak kecil hati kerana dianggap tidak ada class, cuma terkilan rakyat Malaysia sendiri berfikiran naïf, tidak berfikir panjang, tiada sifat patriotik, dan tidak berbangga dengan pencapaian negara sendiri. Dalam pengetahuan penulis Syed Mokhtar Al Bukhary (individu ke-8 terkaya di Malaysia) pun pakai Proton Perdana untuk menyokong kereta nasional. Ini sudahlah tidak menyokong, tanpa disedari menolak orang lain supaya tidak pakai kereta tempatan dan membunuh produk negara sendiri.

Apapun semua pihak perlu berganding bahu, inisiatif yang bersunggung-sungguh dari pihak kerajaan; usaha, kreativiti yang berterusan dan serta tanggungjawab yang diamanahkan perlulah dipegang sebaiknya oleh pengurusan dan kakitangan Proton; serta sokongan rakyat Malaysia amatlah diperlukan untuk terus memajukan Proton.

About these ads

Responses

  1. Salam penulis. saya mmg tertarik dgn pandangan penulis pasai kereta proton vs kereta import. saya pon naik moto ja. tak mampu nak beli kereta.

  2. Kepada Penulis

    saya sebenarnya setuju dengan penggantian kereta perdana ke kereta mercedes. Bayaran selenggara itu sebenarnya agak logik, begini , untuk pengetahuan penulis, kereta perdana memang terkenal dengan masalah kotak gear yang bernilai paling kurang 15K untuk menggantikan nya ( baru) , bukan kedai potong atau second hand. Masalah ini terlalu biasa yang saya juga mengalaminya. Untuk setiap kali Servis, bayarannya ialah sekitar RM500 dan ini akan menjadi lebih mahal , sekitar RM1000 untuk service major. Bayaran untuk menggantikan Timing Belt perdana ialah sekitar 3.5K , dan ini di ganti untuk 100K KM perjalanan. Enjin v6 jugak selalu rosak, kos penggantiannya mencecah harga 30K untuk engin baru.

    kalau merc, susah sket nak rosak , berdasarkan pengalaman saya sendiri
    tq

  3. assalamualaikum,

    sudah tiba masanya jika saya katakan secara terang dan nyata, kereta buatan malaysia tiada daya saing dan tidak ada kualiti dari segi pembuatan mahupun servis.

    sebagai contoh, saya menggunakan mercedes e230 yg dibeli pada tahun 1990. sehingga saya menulis komen ini, kereta saya itu tidak pernah mengalami kerosakkan mekanikal. enjin, gearbox dan sebagainya masih lagi berfungsi dgn baik. mmg tidak dinafikan, kos penyelenggaraan mercedes agak tinggi tapi ia pada saya sgt berbaloi dan lebih praktikal.

    jika kita pandang pada sejarah proton sekalipun, kereta wira sebenarnya adalah teknologi dari mitsubishi. tiada apa yang perlu kita banggakan. selain berbangga dgn nilai jualan ke pasaran domestic yang sgt tak masuk akal harganya. keuntungan melebihi 200% utk setiap kereta proton.

    fikirkanlah!

    GCrew~

  4. sokonglah barangan tempatan.

    mungkin kualiti nya xsebaik barangan luar tapi kita niatkn untuk membantu negara dan agama. dengan ini ekonomi negara akan bertambah dan insya ALLAH kualiti barangan tempatan turut meningkat, malah mungkin lebih baik daripada barangan luar negara. secara tidak langsung kita juga dapat pahala kerana membantu membangunkan negara dan memperthankan agama.

  5. Salam juga utk Pengguna v6.

    Pendapat saya kalau dah perdana v6 mempunyai masalah gear box yg selalu rosak, elok saja ja pakai proton wira atau proton2 yg lain. kenapa nak pilih merc? atau sebab datok2 yg nak naik jadi terpaksa bagi jugak merc? kenapa perlunya double standard sedangkan negeri terengganu adalah negeri no 2 isi rumah termiskin selepas negeri sabah.

  6. ape pun kereta tue dah dibeli so tak leh wat ape…aku kurang setuju kereta tue jadi kereta pelawat…sapa pelawat yang nak datang tue…nape plak pelawat tue datang tak bekereta…..tak tau ape logiknye…aku rase kalo kereta tue dibiarkan pun rosak…so yang baiknye kereta tue di jual2 je pada setiap menteri besa setiap negeri…so biar je menteri2 besa pakai keta mercedes tue..bukan rugi pun….lagipun menteri besa banyak tugasan

  7. assalamualaikum buat penulis dah juga pembaca laman web ini..tujuan saya mengkomen aper yg penulis cakapkan bukan untuk menjatuhkan martabat barangan buatan malaysia terutamanya kereta proton, tapi ini melalui pengalama saya sendiri, dirumah saya ada 6 buah kereta ( saya dan famili) 2 kereta dibeli baru wira 1.5 tahun 2002 dan honda civic tahun 1996,, manakala yang lain seconhand, merc 200e tahun 1990/97, honda accord sm4 tahun 1992, honda civic tahun 1996, dan nissan sunny tahun 1994,, tapi pengalaman saya mengatakan bahawa kereta import buatan jerman atau jepun adalah terbaik jika dibandingkan dengan kereta proton,,ini kerana jika di ikutkan pada harga maintenance kereta luar memang mahal berbanding dengan kereta proton(tak termasuk perdana yg mahal nak mampos & gen2 serta waja), tapi amat2 berbaloi kerana jangka masa kerosakan itu amat lama,, bg saya pengalaman sahabat penulis yg menggunakan kereta merc dan honda yg menghadapi masalah hingga menghabiskan wang ringgit itu satu kesalahan ataupun sahabat penulis jenis seorg yg tau beli kereta tp bile bab maintenance cume tau bawak gi bengkel then bile pomen ckp itu rosak ini rosak trus percaya ( mintak maaf kalau tak betol), sebab bagi saya semua kereta saya dan famili tidak menghadapi masalah sangat kecuali wira, honda civic yang dibeli baru tahun 96 baru sekali tukar c.v joint taun lepas iaitu genap 10 tahun walaupun dah 3 kali tukar tming belt( 100,000km) sedangkan wira saya yg digunakan isteri untuk berulang alik kerja lebh kurang 40km sehari sudah ditukar walaupun baru 4 tahun digunakan..cube penulis pikirkan aper yg saya cakpkan ini..dan saya rasa ramai pembaca juga setuju dengan aper yg saya cakpkn ini..perdana v6 tukar timing belt setiap 100,000km lebih kurang rm1500, tak termasuk servis dan alat ganti lain semasa tukar timing belt seperti water pump, oil filter, plug dll, sedangkan merc e200k menggunakan timing belt yg maner 20 tahun pun belom tentu putus,,cukup itu saja yg saya bandingkan antara perdana v6 dan merc,
    yang lain2 cube penulis cari dan fikirkan bersama..sekian.

  8. kepada penulis dan pembaca blog ini, maaf jika apa yang saya katakan ini mengguris hati anda. pada pendapat saya berbaloi kita mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli sebuah keta import kerana jangka hayat untuk partnya rosak lama…bapa saya ada membeli sebuah keta honda accord pagar(1st model honda accord) pada harga rm3k. keta itu sudah berumur lebih 20 tahun tapi alhamdulillah buat masa ini tiada masalah lagi. cuma minor maintenance seperti tukar minyak enjin dan tayar saja. bagi saya ini sangat berbaloi jika dibandngkan ngan keta proton wira jiran saya yang mengalami kerosakan boleh dikatakan setiap bulan. keta yang berharga rm50k sangat tidak berbaloi di beli kerana kerap rosak. buang masa kita saja terpaksa lepak di bengkel keta. kalau beli keta impot tak payah nak lepak2 di bengkel…banyak lagi keja kita boleh buat. bayangkan keta proton yang di jual di eksport dijual pada harga 8k pound sterling dan warranti enjin dan gear box sepanjang hayat sedangkan di mesia warranti hanya 3 tahun saja. bagi saya benarlah pepatah orng tua2 dulu “biar alah membeli tapi menang memakai”…sekian

  9. Kesimpulan…Menteri Besar Terengganu..pandai “Belanja” yang ada…Menteri dulu buang 2B utk moonson cup n replika masjid …menteri baru start dgn kete merc…then …seterusnya … selanjutnya..sehinggalah kering duit Royalty petronas

  10. Patutnya dia beli porsche bagi semua datok2 naik. baru ada kelassss…

  11. kalau MB pakai kancil lg jimat, dia pun boleh bertahan lama jd MB dan org lain hormat sbb berjiwa rakyat, lagi pun yg guna utk membeli duit rakyat juga tu. kalau guna kancil tahun2 tukar pun sampai 10 tahun masih lagi tak sama dgn harga Merc. Saya cadangkan Kalau nak guna Merc beli la dgn duit sendiri mcm kita semua yg berkemampuan, takkan MB tak mampu kot.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: